Sunday, October 25, 2009

SATU KEJUTAN..



Bertemu kembali...lama dah aku tak update blog nie.Kebelakangan ini banyak perkara yang perlu diuruskan. Lepas satu, satu..Sekarang niepun aku sedang menyiapkan buku profail Kampung Melayu Raya untuk Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri. Pada hari Jumaat lalu aku menerima perkhabaran yang tidak enak daripada Johor Bahru. Adik aku kemalangan.. Sepatutnya aku terus ke sana. Tapi memandangkan program-program dah diatur aku hanya sempat ke JB pada hari ini. Itupun aku terpaksa batalkan program aku. Tak mengapalah, mungkin ada hikmahNya.



Pada Sabtu yang lalu (24 Oktober 2009) seperti yang telah dijanjikan aku dan anak-anak kompang telah memenuhi jemputan persembahan kompang di Kampung Londah Gemas. Seperti biasalah anak-anak kompang bermain dengan penuh semangat. Habis saja bermain kami terus makan. Sambil makan, terdengar bisikan-bisikan memuji anak-anak kompang. Aku tumpang berbangga dengan semua itu. Sedang aku makan, aku terlihat ada seorang anak gadis menghampiri anak-anak kompang. Sekali imbas macam pernah nampak, tapi aku lupa di mana. Melihat keramahan anak gadis tersebut melayan anak-anak kompang, akupun menghampiri kumpulan tersebut. Lalu telerailah satu kepastian.



Agak terkilan juga bila mendengar cerita anak gadis tersebut. Namun aku buang jauh-jauh perasaan tersebut. Malah aku tumpang gembira mendengar penjelasan daripadanya.Apapun tahniah kepada Dxx...Semoga perhubungan itu berkekalan. Tidak ada apa-apa yang perlu Dxx perjelaskan. Itu hak masing-masing, cuma aku nak Dxx tau, Dxx adalah diantara insan yang mempunyai ruang di sudut hati aku yang kecil ini.



Kami balik dari Gemas dengan penuh rasa kepuasan. Puas kerana dapat memberikan perkhidmatan yang mengembirakan orang lain. Selalu aku berpesan kepada anak-anak kompang, hidup ini bukan terlalu lama, alangkah baiknya kalau hidup yang sekejap cuma ini, kita dapat mengembirakan insan-insan disekeliling kita. Bagi anak-anak kompang, aku mengharapkan kalian akan sentiasa tabah mengharungi segala cabaran yang ditempuhi.

0 ulasan: