Friday, October 9, 2009

KEJAYAAN..


KELAB KOMPANG WARISAN MUDA

Kecemerlangan dan kejayaan hanya boleh tercapai apabila kita mendapat kerjasama daripada semua pihak. Jarang-jarang kejayaan dan kecemerlangan itu hadir dengan keupayaan kita sendiri. Walaupun sedikit, pasti ada faktor lain yang menjadi sebab kejayaan itu tercipta. Dalam kesibukkan aku mempersiapkan segala bahan pemantauan daripada Kementerian, aku dikejutkan dengan berita yang mengembirakan. Sesungguhnya kawan-kawan aku tengah bertungkus-lumus untuk pemantauan Pengurusan Kokurikulum Cemerlang Peringkat Kebangsaan oleh JPN Perlis, JPN Kedah, JPN Pahang, JPN Johor dan Kementerian Pelajaran pada 13 Oktober. Guru Besar pulak dah 10 hari kat Wad. Jadi agak kelam kabut sikit. Tapi kawan-kawan aku semuanya tip top.Mereka tau apa yang nak dibuat.Walaupun ada sesetengahnya ada yang menyalahkan aku, ye le..dia orang kata sebab bebudak kompang aku pergi ke peringkat kebangsaanlah, sekolah ini terpilih ke peringkat kebangsaan. Aku redha je..sekurang-kurangnya kawan-kawan aku dapat pengalaman apabila bertanding ke peringkat kebangsaan.



SABRI..

Berbalik kepada berita gembira tadi, selain daripada SK Melayu Raya terpilih Memenangi Anugerah Pengurusan Kokurikulum Terbaik Peringkat Negeri dan wakil negeri ke Peringkat Kebangsaan, ada 2 anugerah lagi yang dicapai iaitu Kelab Kompang Warisan Muda sekali lagi terpilih sebagai Kelab Terbaik Negeri Johor. Dan yang paling mengembirakan aku adalah aku terpilih mendapat Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Peringkat Negeri Johor. Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi kerjasama kepada aku dan Kelab Kompang Warisan Muda. Kepada sahabat-sahabat aku, Kak Cah, Julia, Kak Nai, Kak Jariah, Abg Lei tak lupa juga Sabri, ini adalah kejayaan kita bersama. Tanpa kalian kejayaan ini tak mungkin tercapai. Juga kepada anak-anak kompang, teruskan perjuangan kalian. Terima kasih kepada semua ...

0 ulasan: