Thursday, September 3, 2009

MELAYU RAYA GEMILANG...





Baru tiga hari naik sekolah. Pagi tu aku amat bersemangat untuk memulakan persekolahan. Rasa lama dah bercuti. Orang cuti 10 hari, aku cuti 3 hari aje. Selebihnya aku pergi sekolah walau sekejap. Selain daripada kelas UPSR, aku uruskan bebudak kompang untuk Sambutan hari Kebangsaan dan juga mengemas perpustakaan yang dah aku dah anggap rumah ke dua bagi aku. Dalam catatan kali ini aku nak berkongsi cerita tentang Anugerah Desa Cemerlang.

Cerita bermula semasa dalam kapal terbang masa balik dari Jakarta bersama rombongan YB Ayub..entah mengapa dalam lawatan pada kali ini YB asyik duduk sebelah aku aje. Daripada di Jakarta, di Bandung hingga di dalam kapal terbang. Banyak juga le dia bercerita tentang dirinya dan kehidupannya sebagai YB. Sambil makan meggi (me segera..cerita yang menarik juga)Sebenarnya walaupun aku selalu bersama dengan dia, aku hormat dia dan jarang berbual perkara-perkara peribadi...ungkapan keramat dalam kapal terbang tu berbunyi begini "... bang kalau tahun nie Melayu Raya masuk ADC aku akan bantu....." aku cakap macam tu kerana aku ada dua pengalaman memasuki petandingan sebegini, dan alhamdulilah kedua-duanya melakar kejayaan. Aku pernah mengetuai Persatuan Belia Bandar Putra dalam ANUGERAH BELIA NEGARA 2008, Persatuan aku telah dianugerahkan Persatuan Belia Harapan Negeri Johor. Dan satu lagi pada tahun ini aku telah mengetuai Majlis Belia Daerah Segamat dalam pertandingan yang sama, dan Majlis Belia Daerah Segamat telah dianugerahkan Badan Gabungan Terbaik Negeri Johor.
Sedang aku melayan mata yang mengantuk, tiba-tiba aku dapat sms dpd YB "..joe Melayu Raya dipilih mewakili JPMM Dun Kemelah dalam ADC..tolong bantu.." Allah telah mendengar bisikan aku dalam kapal terbang dulu, jadi bermulalah kerja aku.....
Setiap hari malam Rabu aku akan berbincang dengan JKKK Melayu Raya, untuk membuat persiapan, namun aku seringkali kecewa dengan kerjasama yang ditunjukkan, yang ada orang tua-tua. Mereka ada semangat tapi kekeringan idea. Segala data yang diminta tak ada, pada hal Profail dah nak dihantar. Walaubagaimanapun setelah berkali-kali perbincangan maka baru le nampak kuntum-kuntum bunga yang terbit. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang membantu aku menyiapkan Profail, terutamanya adik aku Sollehan Hafis (banyak-banyak bersabar Han.. ini adalah sebahagian dpd dugaan Allah..). Han banyak membantu aku, kalau dia tak ada, tak tau le macam mana aku meneruskan kerja.Setiap pagi aku akan berbincang dengan Han sehingga saat-saat akhir untuk membuat pamplet..
Boleh dikatakan semua perancangan dalam kepala aku. Daripada persiapan sambutan (terima kasih Sabri dan Ismadi yang membuatkan majlis pada hari tersebut meriah..), juruacara, pembentangan aktiviti, pameran dan juga banner. Sampai pada masanya, maka tiblh saat yang ditunggu-tunggu iaitu hari penilaian. Semuanya berjalan lancar,kebetulan hari hujan (hujan rahmat)...aku tukar plan B untuk acara sambutan. Pembentangan yang dibuat oleh Abang Mashon, memang mantap selaras dengan buku profail. Sedikit kegugupan berlaku apabila soal jawab...aku lihat inilah kelemahan paling ketara. Masing-masing dah macam cacing kepanasan apabila disoal. Tetapi ada juga soalan yang dijawap dengan tepat. Ahli Panelpun satu, tanya yang bukan-bukan, banyak soalan yang tidak dijangka. Apapun aku bersyukur dan rasa lega bila berakhirnya sesi penilaian ini. Jauh di sudut hati aku, Melayu Raya ada kekuatan dan bakal mendapat tempat. Hari demi hari aku sentiasa bertanyakan kepada En. Khamis(urusetia penilai), bagaimana peluang Melayu Raya. Dia kata "...joe 65% aje..". Tapi aku kata '..keyakinan aku untuk Melayu Raya menang 85%..."
Akhirnya pada satu petang aku mendapat mesej dari Encik Khamis yang berbunyi "...Tahniah Melayu Raya menang dengan mengalahkan Kuala Paya, bersedia untuk ke peringkat negeri..". Apa yang aku mampu pada saat itu adalah mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana telah memberikan kejayaan di atas segala usaha yang telah dilakukan. Tahniah kepada semua yang telah memberi kerjasama sehingga Melayu Raya menjadi Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Segamat. Kejayaan ini adalah milik semua orang yang telah berkorban tenaga, masa dan juga wang ringgit untuk merealisasikan kejayaan ini. Aku bangga menjadi sebahagian sumber tenaga kepada kejayaan ini...moga kita akan berjaya di peringkat Negeri Johor. Ini semua tak mustahil, di mana ada kemahuan di situ ada jalan, usaha tangga kejayaan, yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...

0 ulasan: