Friday, September 11, 2009

AKU & KEPIMPINAN...




Sesungguhnya setiap manusia yang dilahirkan adalah pemimpin. Tidak kiralah sama ada seseorang itu pemimpin besar atau pemimpin kecil. Ataupun sekecil-kecil pemimpin adalah memimpin diri sendiri. Bakat kepimpinan aku bermula di sekolah rendah. Di sekolah rendah aku hanyalah seorang Pengawas Perpustakaan. Pada masa tu apalah sangat yang aku tahu tentang kepimpinan. Apa yang cikgu suruh aku buat, tak retipun nak memandai-mandai. Kekadang bila tak buat kerja cikgu marah,akupun tak kisah. Ye le budak-budakkan.
Aku meneruskan persekolahan menengah di SMKL. Di SMKL pun aku menjadi Pengawas Perpustakaan juga. Tetapi pada masa tu ada beberapa jawatan lain yang aku pegang spt. Pengerusi Persatuan Agama Islam dan setiausaha Pengakap. Jawatan Pengawas Perpustakaan tu berterusan sehingga aku tamat Tingkatan 5 di SMV(P) di Negeri Sembilan. Secara jujurnya memang aku naif sangat tentang kepimpinan semasa zaman persekolahan. Habis Tingkatan 5, aku duduk kat Kampung lebih kurang 3 tahun (..banyak perkara yang aku lakukan sepanjang 3 tahun tu..), ada juga campur persatuan belia, tapi pada masa tu persatuan yang ada macam hidup segan mati tak mahu.
Pada Tahun 2002 adalah tahun keramat bagi aku apabila permohonan aku ke Maktab Perguruan diterima. Aku masih teringat-ingat semasa sesi temuduga. Pada masa itu En. Musa (..apa khabar En. Musa..) yang menemuduga aku. Bersungguh-sungguh aku memohon kepada dia untuk memasuku maktab, dan akhirnya aku berjaya. Jawatan pertama aku di maktab adalah Ketua Opsyen. Tak taulah macamana dia orang boleh lantik aku. Aku jadi Ketua Opsyen sehingga habis pengajian kira-kira tiga tahun setengah. Selain daripada itu aku juga menjawat jawatan Exco Sokeba ( Sosial dan Kebajikan ) dan juga Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah. Banyak kenangan yang menggamit aku semasa di maktab. Di sini aku barulah mengenali erti kepimpinan yang sebenar. Amanah dan tanggungjawab yang diberikan harus digalas dengan sebaiknya. Aku menjadi harapan kepada mereka yang melantik aku.

Aku keluar maktab pada tahun 2006. Dah rezeki aku ditempatkan di SK Melayu Raya Segamat. Pada mulanya aku tension juga kena masuk kampung yang agak pendalaman. Tapi aku pergi dengan fikiran yang positif dan minda yang terbuka. Akhirnya aku berjaya menyesuaikan diri di sana. Pada masa tu aku berulang-alik dari rumah abah di chemplak ke sekolah. Banyak juga cabaran aku hadapai, tapi kata orang ’ alah bisa tegal biasa. Duduk di Chemplak Barat, dairi kepimpinan aku bermula apabila memegang jawatan Pengerusi Belia Semarak. Pada masa tu Persatuan Belia Semarak telah lama tidak aktif. Aku dipanggil ole En Pamuji bin Kemis ( Pengurus Felda pada masa tu..)untuk berbincang bagaimana untuk menghidupkan kembali Persatuan Belia Semarak. Sehinggalah pada tahun 1997 mesyuarat agung dapat di adakan di Gunung Ledang, dan aku dipilih menjadi pengerusi secara rasmi. Agak lama juga aku pegang jawatan tu, rasanya sehingga tahun 2006. Dalam tempoh itu, tak salah aku ada dua atau tiga kali perubahan kepimpinan, tetapi akhirnya ia berbalik semula kepada aku. Kekadang apabila kita berada di luar saf kepimpinan nampak macam mudah, tapi dah duduk dalam baru le tau langit tinggi atau rendah. Banyak pengalaman dan cerita menarik semasa aku menjawat jawatan Pengerusi persatuan Belia nie. Antaranya pengalaman pemain-pemain bola sepak tersesat jalan semasa bermain di Pogoh, Kursus Bina Insan Nur Hidayah, Kursus Bilal Muda ( ..tahniah kpd Abg. Isa yang menjadi johan azan…),Yassin Belia setiap bulan, Kursus Jenazah., Kumpulan Rewang Belia (..teringat angkat pinggan yang berat kat Chemplak..) dan banyak lagi.

Amanah dan tanggungjawab aku tidak hanya setakat itu sahaja semasa menetap di Chemplak Barat. Aku juga dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno, Timbalan Pengerusi KRT ( ..pernah juga memegang jawatan setiausaha..), Naib Ketua Umno, Pengerusi Rakan Masjid, Exco JKKR, dan Pengerusi Belia IKRAM. Walaupun usia aku masaih muda (..sekitar 24 – 30 ), aku telah diberi kepercayaan untuk bersama-sama membantu masyarakat setempat dalam aspek kepimpinan. Di samping itu, aku juga diberi kepercayaan memegang jawatan Exco Pemuda Bahagian Labis, Exco Majlis Belia Felda Johor Utara Melaka (..sekarang Wilayah Segamat..).

Masa berlalu dengan pantas, semuanya telah menjadi kenangan. Sekarang aku tidak lagi menetap di bumi Chemplak Barat. Walau bagaimanapun kerana telah terbiasa dengan aktiviti-aktiviti NGO ini, aku tetap mencari paltform untuk menabur bakti kepada masyrakat. Sekarang ini aku menjawat jawatan Pengerusi Belia Bandar Putra, Pengerusi Rakan Muda Masjid Bandar Putra, Setiausaha Majlis Belia Daerah Segamat, Ahli Majlis Perundingan Belia Daerah (Naib Pengerusi Sosial), Penasihat Kelab Kompang Warisan Putra Muda Dun Kemelah dan Ajk Hal Ehwal Pengguna Daerah Segamat.

Antara kenangan yang paling manis dalam bidang kepimpinan ini sudah tentulah apabila Persatuan Belia Bandar Putra dinobatkan sebagai Persatuan Belia Harapan Negeri Johor pada tahun 2007, mewakili Daerah Segamat dalam Anugerah Belia Perdana Negeri Johor(Tokoh Kepimpinan), Majlis Belia Daerah Segamat dinobatkan sebagai Badan Gabungan Terbaik Negeri Johor pada tahun 2009, Kelab Kompang Warisan Putra Muda menjadi Johan Kebangsaan pada tahun 2008 dan telah dinobatkan sebagai Persatuan dan Kelab terbaik Negeri Johor 2008 dan apabila Kg. Melayu Raya dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Anugerah Desa Wawasan 2009.

Pepatah ada menyatakan ’.. tiada yang dulu, maka tiadalah yang sekarang..’. Di sini aku nak dedikasikan ucapan penghargaan dan terima kasih yang teramat sangat kepada En. Pamuji bin Kemis, En. Ahmad bin Abd. Ghani (..dah arwah...al-fatihah..), En. Sahran Dahlan dan YB. En. Ayub bin Rahmat. Mereka inilah anatara mentor aku, dan yang telah membawa aku ke bidang ini. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kita ambillah yang baik itu sebagai tauladan dan yang buruk itu sebagai sempadan. Walaupun aku hanya seorang pemimpin kecil, namun ia sudah memadai bagi aku untuk menimba pengalaman dan menabur bakti dalam kehidupan. Bukan tidak mahu memperkembangkan bakat yang ada tapi keadaan dan ruang tidak mengizinkan. Bagi anak-anak muda di luar sana, andalah pemimpin masa depan, jangan rosakkan masa depan dek angkara kita. Sesungguhnya kita meminjam dunia ini daripada orang-orang masa hadapan.

0 ulasan: