Saturday, May 15, 2010

PASUKAN YANG GAGAL..



Setelah setahun (....tahun 2009..)aku menyepikan diri dalam permainan bola tampar, tahun ini aku kembali dengan penuh azam. Sememangnya aku tak pernah kalah di peringkat daerah. Alhamdulilah tahun ini sejarah telah tercipta. Pasukan Bola Tampar L12 dan P12 SK Melayu Raya telah menjadi johan di Peringkat Daerah. Seperti biasa aku telah dilantik sebagai Jurulatih L12 untuk Kejohanan Bola Tampar MSSM Negeri Johor.

Sepertimana yang telah dijangkakan, pasukan aku telah tewas. Walaupun tewas aku tidak malu dengan pemain-pemain aku kerana mereka telah bermain bersungguh-sungguh. Tidak cukup latihan adalah faktor utama pasukan aku kalah. Ia menjadi satu pengajaran yang amat berguna kepada aku..

0 ulasan: