Sunday, November 7, 2010

HIDUP ADALAH SEBUAH PERJUANGAN

CATATAN INI ADALAH UNTUK SAHABAT-SAHABAT YANG KU SAYANGI....

Ada sebuah kisah yang patut menjadi renungan kita bersama bagaimana kita mensikapi hidup dan perjuangannya. Pada suatu ketika seseorang menemukan kepompong seekor kupu. Suatu hari lubang kecil muncul. Dia duduk mengamati dalam beberapa jam calon kupu-kupu itu ketika dia berjuang dengan memaksa dirinya melewati lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti membuat kemajuan. Kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak bisa lebih jauh lagi.

Akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya. Dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Gembira hati orang tersebut karena telah melepaskan kesulitan yang diderita oleh kupu-kupu itu. Namun, kupu-kupu tadi mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya mengkerut. Orang tersebut terus mengamatinya karana dia berharap bahawa, pada suatu saat, sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuhnya, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu.


Kenyataannya, kupu-kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap yang mengkerut. Dia tidak pernah bisa terbang. Yang tidak dimengerti dari kebaikan dan ketergesaan orang tersebut adalah bahwa kepompong yang menghambat dan perjuangan yang diperlukan kupu-kupu untuk melewati lubang kecil adalah jalan Tuhan untuk memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sedemikian sehingga dia akan siap terbang begitu dia memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Dari kisah tersebut kalau kita renungi kadang-kadang yang namanya perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa hambatan dan perjuangan, itu mungkin justru akan melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak sekuat yang semestinya yang diperlukankan untuk mennampungng cita-cita dan harapan yang kita mintakan. Kita mungkin tidak akan pernah dapat “Terbang“. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan maha Penyayang.

Ada ungkapan bijak lainnya dari pujangga terdahulu

Kita memohon Kekuatan…
Dan Tuhan memberi kita kesulitan-kesulitan untuk membuat kita tegar.
Kita memohon kebijakan…
Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan Hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.
Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi kita Otak dan Tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.
Kita memohon Keteguhan Hati…
Dan Tuhan memberi Bencana dan Bahaya untuk diatasi.
Kita memohon Cinta…
Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.
Kita Memohon kemurahan/kebaikan hati…
Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita. Apakah jika saya tidak memperoleh yang saya inginkan, berarti bahwa saya tidak mendapatkan segala yang saya perlukankan? Kadang Tuhan tidak memberikan yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak mengerti mengenal, bahkan tidak mau menerima rencana Tuhan, padahal justru itulah yang terbaik untuk kita.
Tetaplah berjuang…berusaha…dan berserah diri…
Jika itu yang terbaik maka pasti Tuhan akan memberikannya untuk kita.

-danangekonuryanto-

PERSEMBAHAN KOMPANG DI REDONG






Cuaca pada pagi ini redup dan lembap. Maklumlah semalam hujan lebat, sampai ke subuh masih renyai-renyai. Teringat kawan-kawan yang duduk di sebelah utara. Hari ini ada stu jemputan pesembahan di Felda Redong. Bukan pertama kali tapi dah sekian kalinya kompang Warisan Muda membuat persembahan di sana. Tepat jam 11.30 pagi, seperti yang dijanjikan bebudak dah ada kat sekolah. Macam biasa persiapan memakan masa selama 2 jam. Dah berjanji dengan tuan rumah, berada di rumah pengantin jam 2.oo petang. Hari nie van Sabri rosak, kena cari kenderaan lain. Apapun semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulilah persembahan mendapat sambutan seperti biasa.

Saturday, November 6, 2010

KOMPANG DI SANA-SINI





Persembahan kompang ini di rumah Tuan Haji Mardi di Bukit Siput.Terima kasih kerana menjemput kami.

Saturday, July 10, 2010

KOMPANG SULTAN JOHOR






Sekali lagi Kelab Kompang Warisan Putra Muda mencatat sejarahnya sendiri. Kali ini diberi penghormatan untuk bersama-sama menyambut Kembara Mahkota Johor. Tahniah kepada semua ahli-ahli Kelab yang terlibat..

Monday, June 21, 2010



PENCAPAIAN Kelab Kompang Warisan Putra Muda

TAHUN PENCAPAIAN
2000 - Johan Pertandingan Kompang Berirama Peringkat Daerah Segamat Anjuran
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Labis.
2004 - Johan Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Daerah Segamat Sempena
Karnival Seni Peringkat Daerah Segamat.
- Tempat Ke 3 Pertandingan Kompang Berformasi Perinkat Negeri Johor Sempena
Karnival Seni Peringkat Negeri Johor.
2005 - Johan Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Daerah Segamat .
- Tempat Ke 3 Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Negeri Johor.
2006 - Johan Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Daerah Segamat.
- Johan Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Negeri Johor.
- Tempat Ke 3 Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Negeri Johor anjuran
RFM dan Jabatan Pelajaran Johor.
- Tepat Ke 3 Pertandingan Kompang da Formasi Peringkat Kebangsaan di Taman
Mini Malaysia Ayer Keroh Melaka.

2007
- Johan Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Daerah Segamat.
- Johan Kompang Berformasi Peringkat Negeri Johor.
- Tempat Ke 4 Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Kebangsaan.
- Anugerah Ko-Akademik Ketagori individu dan kumpulan Peringkat Daerah Segamat.


2008
- Johan Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Daerah Segamat.
- Johan Kompang Berformasi Peringkat Negeri Johor.
- Johan Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Kebangsaan.
- Johan Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Daerah Segamat.
- Johan Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Negeri Johor
- Tempat ke Empat Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Kebangsaan.


2009
- Johan Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Daerah Segamat.
- Johan Kompang Berformasi Peringkat Negeri Johor.
- Tempat ke 4 Kompang Berformasi Peringkat Kebangsaan.
- Johan Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Daerah Segamat.
- Johan Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Negeri Johor
- Tempat ke Empat Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Kebangsaan.

Saturday, May 29, 2010

PERTANDINGAN BADMINTON






Pertandingan Badmiton ini dilaksanakan selepas UPPM 2. bagi dia orang happy sikit...Tahniah kepada guru-guru dan pelajar yang telah berusaha untuk mempertingkatkan pencapaian dalam UPPM 2..

LAWATAN KERJA DATO' NOH OMAR KE SEGAMAT




Selamat datang kepada Dato' Noh Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani ke Kampung Melayu Raya.

PELAMIN AGANNYA...






Selamat Bersanding...Meriah sungguh majlis Saifuddin dengan pasangannya. Pengalaman pergi ke Kampung Awat membuat aku teruja. Bukan tak pernah masuk kampung, tapi aku memang teringin nak masuk kampung-kampung yang agak pendalaman kat segamat nie. Maklum le akupun berkerja disebuah kampung yang sesetengah orang cakap tempat jin bertendang. Seperti biasa aku pergi dengan rombongan anak-anak kompang. Pagi jam 8.30 aku dah bertolak kerana jam 9.30 nak mengarak Dato'Noh Omar kat dataran. Lepas tu baru teruskan perjalanan ke Kampung Awat.Alhamdulilah cuaca baik dan anak-anak kompang aku dapat melaksanakan tugas dengan baik. Layanan orang kampung memang bagus. Tahniah sekali lagi kepada Saifuddin...

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU



JASAMU DIKENANG

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

PASUKAN YANG GAGAL..



Setelah setahun (....tahun 2009..)aku menyepikan diri dalam permainan bola tampar, tahun ini aku kembali dengan penuh azam. Sememangnya aku tak pernah kalah di peringkat daerah. Alhamdulilah tahun ini sejarah telah tercipta. Pasukan Bola Tampar L12 dan P12 SK Melayu Raya telah menjadi johan di Peringkat Daerah. Seperti biasa aku telah dilantik sebagai Jurulatih L12 untuk Kejohanan Bola Tampar MSSM Negeri Johor.

Sepertimana yang telah dijangkakan, pasukan aku telah tewas. Walaupun tewas aku tidak malu dengan pemain-pemain aku kerana mereka telah bermain bersungguh-sungguh. Tidak cukup latihan adalah faktor utama pasukan aku kalah. Ia menjadi satu pengajaran yang amat berguna kepada aku..

JIWA BANGSA



PERSEMBAHAN KOMPANG DI KAMPUNG SEPINANG



PERSEMBAHAN KOMPANG DI JEMENTAH PADA 15 MEI 2010


Banyak sebab kenapa aku masih tetap di sini. Bukan setakat memartabat budaya bangsa. Tetapi lebih dari itu. Semoga anak-anak kompang ku tidak akan melupakan sejarah bangsanya sendiri..

5 JEJAKA


Keterangan Gambar - Daripada kiri ..Rizwan, Haziq, Angah, Shafiq, Faiq


Terima kasih kerana terus menjadi insan yang baik. Terima kasih juga kerana terus berada disisi saya.

MOHD RIZWAN AMRAN
- Seorang yang baik hati walaupun kadang-kadang menyakitkan hati.Suka menolong kawan-kawan yang lain. Kuat tidur. Mempunyai nilai persahbatan yang tinggi.Agak tidak menepati waktu. Riswan masih yang terbaik...

ANGAH
- Seorang yang beremosi. Sukar nak diagak perasaannya. Kadang-kadang macam orang tak ada perasaan. Seorang yang keras hati (..ikut suka hati dia aje.., tapi sebenarnya seorang yang penyayang. Angah juga masih yang terbaik...

SHAFIQ (PAK TAM)
- Seorang yang periang. Antara yang paling nakal. Tapi kalau tak ada dia nie rasa sunyi pulak. Seorang yang menepati masa. Dia nie juga kuat makan. Pak Tam juga masih yang terbaik..

FAIQ
- Seorang yang lurus. Hatinya bersih. Jiwanya terpelihara. Tetapi mudah terpengaruh. Suka menolong orang lain. Faiq juga masih yang terbaik..

HAZIQ
- Seorang yang baik. Keras hati. Sukar juga hendak difahami.Seorang yang penyayang. Suka menjaga kebersihan. Haziq juga masih yang terbaik...

Semoga kalian menjadi orang yang baik-baik dan menjadi contoh kepada yang lain-lain..

Monday, April 19, 2010

PERSEMBAHAN DI HOTEL VIP...





Tahniah kepada En. Zamri dan pasangannya...Semoga berbahagia sehingga akhir hayat..

Sunday, March 21, 2010

GEMILANG PERSEMBAHAN KOMPANG







Gambar-gambar dirakamkan semasa persembahan di Majlis Walimatulurus di kediaman En. Rahman bin Ibas, Guru Besar SK Bandar Putra. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana mendapat menantu....

Monday, March 15, 2010

BERKOMPANG DI REDONG 14 MAC 2010





AYAT SERIBU DINAR


Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.

Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu


Sejarah

Ayat 2 dan 3 surah at-Tolaq atau lebih dikenali sebagai ayat 1000 dinar merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan kerezekian serta perlindungan diri. Ramai orang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Sesiapa yang berminat bolehlah mengamalkannya tetapi haruslah secara berterusan. Namun ayat ini ada kisahnya.

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi nabi Khaidhir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Sesuai seperti yang diperintahkan, pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu nabi Khaidhir. Lalu nabi Khadhir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Tolaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayarannya datang angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan nabi Khaidhir. Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin taufan yang melanda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri, bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Tolaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Khaidhir itu digelar ayat 1000 dinar.



Kekeliruan:


Ayat 1000 dinar adalah antara ayat yang mempunyai makna dan pengertian yang hebat. Ramai orang melayu menampalkan ayat ini di kedai-kedai makan mereka denga harapan dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan mereka. Malangnya ayat ini hanya ditampal tanpa difahami dan diteliti maksudnya. Apatah lagi untuk diamalkan. Malah jika ditanya sendiri pemilik kedai tentang ayat apakah itu? Mereka cuma menjawab..'Tak tahu, orang lain tampal,saya tampallah'. Sungguh memilukan. Sememangnya makna ayat ini menunjukkan sifat maha pemurah Allah SWT kepada hambanya. Tetapi kita perlu ingat, ayat ini untuk orang yang bertaqwa dan bertawakkal. Jika tiada sifat ini dalam jiwa manusia, kita akan jauh dari sifat maha pemurah Allah SWT. Justeru hanya dengan menampal ayat itu di kedai mahupun di rumah tanpa ada usaha untuk mengamalkan suruhan ayat ini amatlah merugikan. Signifikan kita menampal ayat sebegini di kedai atau dirumah adalah untuk mengingatkan kita dengan perintah Allah, tetapi kini menampal kalimah Allah di rumah dan di kedai hanyalah kerana kebiasaan dan hiasan..Maka amat rugilah kita.


Barangsiapa mengamalkan ayat ini insya-Allah akan:

Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
Jika berperang insya-Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
Allah akan menyampaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Saranan:

Sebagai seorang yang sedang belajar, kita tidak lepas daripada menghadapi pelbagai cabaran dan ujian. Maka amat sesuailah pengamalan ayat ini dalam sebagai penguat semangat menghadapi segala ujian. Berdoa semoga Allah SWT memberikan ketenangan, kekuatan dan jalan untuk menghadapi masalah dengan sabar dan tabah. Dalam kita membina sifat ketaqwaan, kita akan selalu diuji dan disitulah kita akan mendapat kekuatan untuk menghadapi hari mendatang dengan kekuatan yang Allah SWT berikan. Kita disarankan berusaha dan akhirnya bertawakkal kepada Allah SWT sebagai langkah terakhir dalam amalan kita. Kerana hanya Allah SWT sahaja yang akan memperkenan segala amalan di muka bumi ini. Ini akan membendung sifat tidak puas hati, marah, kesal, geram dan benci selepas melakukan sesuatu amalan. Kit akan merasa tenang, gembira dan selesa dengan segala yang telah diusahakan walau apa jua hasilnya kerana kita percaya itulah yang Allah SWT kehendaki untuk kita. Kerana kebergantungan kita kepada Pencipta, kita akan faham sejauh mana kemampuan manusia itu dan terus berusaha untuk lebih berjaya di samping mengharap keredhaan Allah SWT dalam setiap amalan. Sifat pemurah Allah SWT tiada hadnya, sebagai manusia kita perlu sentiasa takut(khauf) dan berharap(roja') kepada Allah dalam setiap kelakuan di dunia ini. Semoga kita dilindungi Allah SWT daripada anasir-anasir kejahilan yang merosakkan kefahaman kita tentang konsep ketuhanan. Semoga Allah membantu saya untuk tidak hanya pandai berkata-kata. Tetapi melakukan apa yang telah dikatakan. Allah SWT akan menguji tentang apa yang telah kita perkatakan. Ya Allah...bantulah sekalian hambaMu...-Muazzin

Rujukan:
http://www.pasirmas.co.cc/hikmat-ayat-seribu-dinar/
darul nu'man

Thursday, February 25, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURASUL

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURASUL