Saturday, May 29, 2010

PERTANDINGAN BADMINTON






Pertandingan Badmiton ini dilaksanakan selepas UPPM 2. bagi dia orang happy sikit...Tahniah kepada guru-guru dan pelajar yang telah berusaha untuk mempertingkatkan pencapaian dalam UPPM 2..

LAWATAN KERJA DATO' NOH OMAR KE SEGAMAT




Selamat datang kepada Dato' Noh Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani ke Kampung Melayu Raya.

PELAMIN AGANNYA...






Selamat Bersanding...Meriah sungguh majlis Saifuddin dengan pasangannya. Pengalaman pergi ke Kampung Awat membuat aku teruja. Bukan tak pernah masuk kampung, tapi aku memang teringin nak masuk kampung-kampung yang agak pendalaman kat segamat nie. Maklum le akupun berkerja disebuah kampung yang sesetengah orang cakap tempat jin bertendang. Seperti biasa aku pergi dengan rombongan anak-anak kompang. Pagi jam 8.30 aku dah bertolak kerana jam 9.30 nak mengarak Dato'Noh Omar kat dataran. Lepas tu baru teruskan perjalanan ke Kampung Awat.Alhamdulilah cuaca baik dan anak-anak kompang aku dapat melaksanakan tugas dengan baik. Layanan orang kampung memang bagus. Tahniah sekali lagi kepada Saifuddin...

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU



JASAMU DIKENANG

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

PASUKAN YANG GAGAL..



Setelah setahun (....tahun 2009..)aku menyepikan diri dalam permainan bola tampar, tahun ini aku kembali dengan penuh azam. Sememangnya aku tak pernah kalah di peringkat daerah. Alhamdulilah tahun ini sejarah telah tercipta. Pasukan Bola Tampar L12 dan P12 SK Melayu Raya telah menjadi johan di Peringkat Daerah. Seperti biasa aku telah dilantik sebagai Jurulatih L12 untuk Kejohanan Bola Tampar MSSM Negeri Johor.

Sepertimana yang telah dijangkakan, pasukan aku telah tewas. Walaupun tewas aku tidak malu dengan pemain-pemain aku kerana mereka telah bermain bersungguh-sungguh. Tidak cukup latihan adalah faktor utama pasukan aku kalah. Ia menjadi satu pengajaran yang amat berguna kepada aku..

JIWA BANGSA



PERSEMBAHAN KOMPANG DI KAMPUNG SEPINANG



PERSEMBAHAN KOMPANG DI JEMENTAH PADA 15 MEI 2010


Banyak sebab kenapa aku masih tetap di sini. Bukan setakat memartabat budaya bangsa. Tetapi lebih dari itu. Semoga anak-anak kompang ku tidak akan melupakan sejarah bangsanya sendiri..

5 JEJAKA


Keterangan Gambar - Daripada kiri ..Rizwan, Haziq, Angah, Shafiq, Faiq


Terima kasih kerana terus menjadi insan yang baik. Terima kasih juga kerana terus berada disisi saya.

MOHD RIZWAN AMRAN
- Seorang yang baik hati walaupun kadang-kadang menyakitkan hati.Suka menolong kawan-kawan yang lain. Kuat tidur. Mempunyai nilai persahbatan yang tinggi.Agak tidak menepati waktu. Riswan masih yang terbaik...

ANGAH
- Seorang yang beremosi. Sukar nak diagak perasaannya. Kadang-kadang macam orang tak ada perasaan. Seorang yang keras hati (..ikut suka hati dia aje.., tapi sebenarnya seorang yang penyayang. Angah juga masih yang terbaik...

SHAFIQ (PAK TAM)
- Seorang yang periang. Antara yang paling nakal. Tapi kalau tak ada dia nie rasa sunyi pulak. Seorang yang menepati masa. Dia nie juga kuat makan. Pak Tam juga masih yang terbaik..

FAIQ
- Seorang yang lurus. Hatinya bersih. Jiwanya terpelihara. Tetapi mudah terpengaruh. Suka menolong orang lain. Faiq juga masih yang terbaik..

HAZIQ
- Seorang yang baik. Keras hati. Sukar juga hendak difahami.Seorang yang penyayang. Suka menjaga kebersihan. Haziq juga masih yang terbaik...

Semoga kalian menjadi orang yang baik-baik dan menjadi contoh kepada yang lain-lain..