Thursday, February 25, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURASUL

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURASUL

Friday, February 5, 2010

LAWATAN KE LANGKAWI






Pengalaman yang agak menarik. Walaupun aku telah beberapa kali ke Pulau Langkawi, tetapi pada kali ini agak berbeza sedikit. Pada kali ini aku pergi bersama-sama dengan Belia kampung Melayu Raya. Selain daripada pergi melancong, ada slot motivasi untuk mereka. Aku juga diberi kesempatan untuk memberikan pandangan. Aku telah memberikan sesuatu yang lahir dari hati nurani ini. Aku mohon maaf sekiranya ada belia Kg. Melayu Raya yang kecil hati dengan kata-kata aku. Tapi itu hakikat yan mereka kena terima. Berubahlah untuk masa depan yang lebih gemilang. Tahniah kepada kepimpinan belia Kg. Melayu Raya.

Wednesday, February 3, 2010

KEMATIAN...


Janji Allah yang hidup pasti kan mati.Cuma waktu dan saatnya sahaja yang kita tidak ketahui. Kematian bukan untuk diratapi, jauh sekali untuk kita kesali. Seperti mana yang aku katakan tadi kematian itu janji kepada setiap kehidupan. Cuma waktu ia disempurnakan menjadi rahsia. Tunggu sajalah saatnnya Izarail datang memanggil. Ia tidak akan berganjak sesaatpun untuk melaksanakan tugasnya.

Namun sebagai manusia yang dikurniakan rasa dan naluri kematian pasti meninggalkan kesan. Terutama jika orang yang pergi itu mempunyai jalinan serta hubungan baik, pasangan hidup, kaum keluarga, sahabat handai mahu pun rakan sekerja. Apatah lagi jika kematian itu secara mengejut. Tanpa sembarang petunjuk, insan yang rapat dengan kita, atau sekurang-kurangnya pernah singgah di fikiran da di hati dikhabarkan meninggal dunia.

Tentunya tidak mudah menerima hakikat kematian seumpama itu. Manakan tidak insan yang baru semalam disapa atau menyapa mesra, hari ini lenyap dari muka bumi. Insan yang kelmarin berkongsi rasa, hari ini membawa segala perasaan itu bersendirian tanpa kita ketahui apakah kesudahan nasibnya di alam sana.

Hakikat kematian adalah sesuatu yang berat untuk ditanggung oleh kelompok manusia yang masih hidup. Biarpun tidak nampak air mata berjurai, namun kesangsaraan dari sudut mental lebih berat kesannya. Apabila berlaku kematian perasaan terkejut itu mendahului, disusuli sedih disulami air mata. Kematian umpama penemuan baru, sukar dipercayai, enggan diterima dan sulit untuk dilepaskan. Sebab itulah ada ibu yang hilang akal apabila diberitahu anaknya meninggal dunia. Ada suami atau isteri berduka lara sepanjang hayat selepas pasangannya menyahut panggilan ilahi. Ada sahabat memendam duka apabila kehilangan teman baiknya.

Sejahat-jahat manusia pasti ada yang meratapi kematian, inikan pula manusia yang sentiasa menjaga hubungan dengan makhluk hidup di dunia ini. Persoalannya, adakah kita yang masih hidup belajar daripada kematian? Selama mana pengajaran itu mampu menjadikan kita manusia yang tidak akan mengulangi kesilapan si mati. Janganlah kita simpulkan bahawa kesedihan adalah rentetan daripada kematian hanya permainan perasan. Terlalu sedikit yang menjadikannya pengajaran atau mengambil iktibar daripada kematian.

Apabila kematian hanya meninggalkan kesan dari sudut perasaan, maka kenangan terhadap si mati tidak akan lama. Apabila luntur perasaan sedih, ingatan terhadap si mati juga semakin meluntur. Apabila ada orang lain mampu menggantikan penampilan si mati, maka segala macam perasaan ketika mendengar berita kematiannya, lenyap perlahan-lahan. Dan itu bukan satu kesalahan, jauh sekali daripada mencipta dosa. Ini kerana kematian bukan untuk diratapi, jauh sekali untuk dikesali. Cuma pengajaran di sabalik kematian patut dipelajari.

Al-Fatihah kepada Ayahanda Allahyarham Haji Hamzah bin Majid..kehilangannya amat aku rasai. Segala kenangan dan tunjuk ajarnya takkan aku lupakan. Ia sentiasa tersemat di minda ini.

Al-Fatihah juga kepada Allahyarham Omar bin Othman. Kepada sahabat-sahabatnya bersabarlah. Itu semua janji Allah. Kita kelak akan menyusulnya. Kalian memang sahabat sejati.

Terima kasih kepada Noraini Abd Razak yang mencipta naskah ini.