Saturday, December 12, 2009

BUAT SAHABATKU....


Ukhuwah yang dibina atas nama Allah takkan mengharapkan balasan apabila memberi. Tetapi akan selalu berkongsi airmata di kala suka & duka. Kesedihan temannya bagai pedang yang menikam, keceriaan temannya bagai pelangi yang takkan hilang. Kehilangan temannya bagaikan hilangnya permata termahal di dunia.

Ukhuwah dan kasih sayang mukmin terhadap sahabatnya tidak diukur dengan kerapnya bersua, bukan dengan hangatnya rindu, tidak dengan manisnya cinta, bukan kerana selalunya bersama . Tetapi dinilai sejauh mana nama sahabatnya meniti dibibirnya saat mendoakan kebaikan untuk dirinya.

Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktah. Kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya. Tiada yang menjadi impian selain rahmat kasih Mu Tuhan, yang terbias pada ketulusan sekeping hati seorang insan yang bernama sahabat.

Sunday, November 15, 2009

HARI ASPIRASI SENI BUDAYA ISTIMEWA

Barlangsung pada 11 November 2009 yang lalu. Aku membuat persiapan agak rapi juga. maklumlah jarang-jarang bermain di Pusat membeli belah. Dengan kesibukkan aku, mahu tak mahu kenalah juga buat persiapan coz dah sanggup ambil job nie. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar cuma bab pengangkutan saja yang ada problem. Ingat dapat token tambahan tapi tak ade...







BERSAMA KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS

Pada 5 November yang lalu aku diberi kesempatan untuk bersama-sama di Majlis Anak-anak Pendidikan Khas. Agak teruja juga coz jarang-jarang sekali dapat bersama dengan anak-anak istimewa. Seronok tengok bakat dia orang membuat kraf tangan dan kerja seni. Setiap insan di dunia ini punya kelebihan masing-masing. Begitu jugalah dengan mereka.




Monday, November 9, 2009

KECEMERLANGAN

Pada 7-9 Nov 2009 yang lalu aku telah menghadiri Hari Anugerah Kokurikulum yang diadakan di RTM Pahang. Aku menginap di Hotel Grand Con dengan 3 orang anak-anak kompang. Tersenarai sebagai Top five 2 kategori, sudah membanggakan aku. Bukan mudah untu ke tahap ini. Tapi inilah tranformasi yang telah berjaya aku bawa untuk SK Melayu Raya. Pelbagai kejayaan diraih dengan adanya Kelab Kompang Warisan Muda. Walaubagaimanapun kejayaan ini aku dedikasikan untuk semua individu-individu, jabatan-jabatan,syarikat-syarikat dan sesiapa jua yang sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada KELAB KOMPANG WARISAN MUDA.

Sekolah Kebangsaan Melayu Raya Tersenarai dalam 2 kategori iaitu Sekolah Cemerlang Kokurikulum Luar Bandar dan Kelab/Persatuan Cemerlang Kelab Kompang Warisan Muda.





Sunday, October 25, 2009

SATU KEJUTAN..



Bertemu kembali...lama dah aku tak update blog nie.Kebelakangan ini banyak perkara yang perlu diuruskan. Lepas satu, satu..Sekarang niepun aku sedang menyiapkan buku profail Kampung Melayu Raya untuk Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri. Pada hari Jumaat lalu aku menerima perkhabaran yang tidak enak daripada Johor Bahru. Adik aku kemalangan.. Sepatutnya aku terus ke sana. Tapi memandangkan program-program dah diatur aku hanya sempat ke JB pada hari ini. Itupun aku terpaksa batalkan program aku. Tak mengapalah, mungkin ada hikmahNya.



Pada Sabtu yang lalu (24 Oktober 2009) seperti yang telah dijanjikan aku dan anak-anak kompang telah memenuhi jemputan persembahan kompang di Kampung Londah Gemas. Seperti biasalah anak-anak kompang bermain dengan penuh semangat. Habis saja bermain kami terus makan. Sambil makan, terdengar bisikan-bisikan memuji anak-anak kompang. Aku tumpang berbangga dengan semua itu. Sedang aku makan, aku terlihat ada seorang anak gadis menghampiri anak-anak kompang. Sekali imbas macam pernah nampak, tapi aku lupa di mana. Melihat keramahan anak gadis tersebut melayan anak-anak kompang, akupun menghampiri kumpulan tersebut. Lalu telerailah satu kepastian.



Agak terkilan juga bila mendengar cerita anak gadis tersebut. Namun aku buang jauh-jauh perasaan tersebut. Malah aku tumpang gembira mendengar penjelasan daripadanya.Apapun tahniah kepada Dxx...Semoga perhubungan itu berkekalan. Tidak ada apa-apa yang perlu Dxx perjelaskan. Itu hak masing-masing, cuma aku nak Dxx tau, Dxx adalah diantara insan yang mempunyai ruang di sudut hati aku yang kecil ini.



Kami balik dari Gemas dengan penuh rasa kepuasan. Puas kerana dapat memberikan perkhidmatan yang mengembirakan orang lain. Selalu aku berpesan kepada anak-anak kompang, hidup ini bukan terlalu lama, alangkah baiknya kalau hidup yang sekejap cuma ini, kita dapat mengembirakan insan-insan disekeliling kita. Bagi anak-anak kompang, aku mengharapkan kalian akan sentiasa tabah mengharungi segala cabaran yang ditempuhi.

Friday, October 9, 2009

KEJAYAAN..


KELAB KOMPANG WARISAN MUDA

Kecemerlangan dan kejayaan hanya boleh tercapai apabila kita mendapat kerjasama daripada semua pihak. Jarang-jarang kejayaan dan kecemerlangan itu hadir dengan keupayaan kita sendiri. Walaupun sedikit, pasti ada faktor lain yang menjadi sebab kejayaan itu tercipta. Dalam kesibukkan aku mempersiapkan segala bahan pemantauan daripada Kementerian, aku dikejutkan dengan berita yang mengembirakan. Sesungguhnya kawan-kawan aku tengah bertungkus-lumus untuk pemantauan Pengurusan Kokurikulum Cemerlang Peringkat Kebangsaan oleh JPN Perlis, JPN Kedah, JPN Pahang, JPN Johor dan Kementerian Pelajaran pada 13 Oktober. Guru Besar pulak dah 10 hari kat Wad. Jadi agak kelam kabut sikit. Tapi kawan-kawan aku semuanya tip top.Mereka tau apa yang nak dibuat.Walaupun ada sesetengahnya ada yang menyalahkan aku, ye le..dia orang kata sebab bebudak kompang aku pergi ke peringkat kebangsaanlah, sekolah ini terpilih ke peringkat kebangsaan. Aku redha je..sekurang-kurangnya kawan-kawan aku dapat pengalaman apabila bertanding ke peringkat kebangsaan.



SABRI..

Berbalik kepada berita gembira tadi, selain daripada SK Melayu Raya terpilih Memenangi Anugerah Pengurusan Kokurikulum Terbaik Peringkat Negeri dan wakil negeri ke Peringkat Kebangsaan, ada 2 anugerah lagi yang dicapai iaitu Kelab Kompang Warisan Muda sekali lagi terpilih sebagai Kelab Terbaik Negeri Johor. Dan yang paling mengembirakan aku adalah aku terpilih mendapat Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Peringkat Negeri Johor. Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi kerjasama kepada aku dan Kelab Kompang Warisan Muda. Kepada sahabat-sahabat aku, Kak Cah, Julia, Kak Nai, Kak Jariah, Abg Lei tak lupa juga Sabri, ini adalah kejayaan kita bersama. Tanpa kalian kejayaan ini tak mungkin tercapai. Juga kepada anak-anak kompang, teruskan perjuangan kalian. Terima kasih kepada semua ...

Saturday, October 3, 2009

UMNO KEMBALILAH...LAKUKANLAH ANJAKAN PRADIGMA..



Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran menyebut: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kepada Ala dan rasul-Nya, serta kepada kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad SAW), juga kepada kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. ( Surah al-Nisa:ayat 136 )

UMNO harus perkukuhkan dan membuat pembaikan dari segi unsur-unsur keislaman. UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan prograsif. Setiap pemimpin UMNO harus ikhlas tanpa kepentingan atau " ada udang disebalik mee". Untuk menjadikan seseorang itu ikhlas, bagi muslim agama itu penting. Apabila kita merasakan gerak kerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, sanggup berkorban harta hatta nyawa sekalipun. Itulah kekuatan organisasi Islam.. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin. Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan prograsif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran, akhlaknya.
Nabi Muhammad SAW pernah menghantar surat kepada Hercules berbunyi : Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, daripada Muhammad pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom. Salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk . Seterusnya akau merayu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bahawanmu. ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Wednesday, September 30, 2009

MENGIMBAU KENANGAN LALU..


Semuanya telah berlalu. Namun ia sentiasa diingatan ini. Tatakala kita sedang bergembira seperti ini, tiba-tiba aku terasa kesengsaraannya. Kemalangan itu tidak dijangka. Ianya betul-betul menjadi pengajaran kepada aku. Walaupun kemalangan itu bukan salahku, aku redha akan ketentuanya. Semoga kejadian itu menjadi pengajaran kepada kawan-kawanku yang lain.Dan aku mengharapkan ia tidak akan terjadi kepada kawan-kawanku..Marhaban 2008 sentiasa menjadi kenangan dalam hidup ku..

Catatan oleh Mohd Usuluddin bi Mohd Nordin

MARHABAN...



Saban tahun aku bersama dengan anak-anak kompang pasti bermarhaban sempena kehadiran Syawal. Selain daripada beraya program ini dapat mengeratkan lagi silaturahim.



Tidak seperti tahun-tahun yang lalu pada tahun ini tak banyak rumah yang dikunjungi, sekadar keluarga anak-anak kompang sahaja. Bukannya tak nak, tapi masa agak terhad. Kepada rumah-rumah yang berhajat untuk dikunjungi, insyallah 17hb Oktober kumpulan kami akan bermarhaban lagi..Terima kasih kepada semua yang terlibat..

Wednesday, September 16, 2009

SERONOKNYA...MALAM 7 LIKUR..






Semalam aku telah mengadili Pertandingan Kemeriahan Lampu Pelita. Seronok betul..Tepat jam 10.00 malam aku dan pengadil-pengadil yang lain telah bersedia di Pondok Rela untuk menjalankan tugas..bersemangat betul para penduduk dalam pertandingan ini. Tahniah kepada yang menang, bagi yang kalah cuba lagi tahun depan..

INSPIRASI GURU..CEMERLANG, PERTENGAHAN DAN COROT..


CEMERLANG..
Kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar yang minat untuk belajar, dan mudah memahami isi pengajaran yang disampaikan.

PERTENGAHAN..Terdiri daripada para pelajar yang masih minat untuk belajar tetapi agak sukar untuk memahami sesetenga isi pengajaran menurut subjek-subjek tertentu.

COROT..
Pelajar yang kebanyakannya tidak berminat untuk belajar, sudah berputus asa, atau masih berminat tetapi tidak mencapai tahap yang memuaskan dari segi prestasi akademiknya.

KESIMPULANPara guru harus harus sedar keadaan ini, supaya dapat mengaplikasikan pendekatan, kaedah, dan teknik yang bersesuaian dengan keadaan mereka. Misalnya dengan lebih banyak memberikan kata-kata semangat dan pengharapan kepada pelajar-pelajar di kelas corot tetapi lebih banyak mengasah bakat kreativiti pelajar kelas cemerlang. Sekiranya kaedah yang sama digunapakai untuk semua kategori pelajar, kemungkinan besar ada pelajar yang akan teraniaya.

SEJARAH MUSUH NO. 1.....

Kronologi sejarah Bani Israel

1. Bani Israel mengalami cengkaman perhambaan dan kezaliman Firaun di Mesir.

2. Nabi Musa as diperintahkan oleh Allah untuk memimpin kaumnya menghadapi suatu perjalanan yang panjang ke "Tanah Yang Dijanjikan"

3. Nabi Musa dan kaumnya berjaya melarikan diri namun Firaun dan tenteranya ditenggelamkan di di dasar laut.

4. Semasa dalam perjalanan sebahagian telah syirik kepada Allah dengan menyembah anak lembu emas yang dibentuk melalui sihir sedang nabi Musa bermunajat kepada Allah di Gunung Sinai. Namun mereka akhirnya bertaubat.

5. Bani Israel mengingkari perintah Allah supaya berjihad dengan orang-orang kafir yang menduduki wilayah tersebut.

6. Bani Israel berpusing-pusing selama 40 tahun di tempat yang sama walaupun hanya berada di luar tanah yang dijanjikan kerana keingkaran mereka itu.

7. Bani Israel memulakan penghidupan baru setelah generasi anak-anak mereka akhirnya menemui tempat tersebut.

8. Bani Israel menikmati kehidupan bebas dan sejahtera namun tidak bersyukur serta melakukan kezaliman dan perhambaan terhadap kaum lain yang telah dikuasai.

9. Bani Israel membinasakan rumah-rumah berhala kaum yang ditakluki namun agak keberatan untuk mengajak kaum tersebut kepada KeEsaan Allah. Sebaliknya mereka mengingkari ajaran kitab Taurat dengan kegiatan meminum arak dan berjudi.

10. Mula belajar cara-cara membuat minuman keras dan permainan judi. Apabila Nabi Yushua' as (pengganti Nabi Musa as) melihat bani Israel semakin terpesong lalu baginda menegur mereka. Bani Israel itu kemudiannya berkata:

"Wahai Yushua', kami sebenarnya sedia maklum tentang keburukan permainan-permanian ini, bagaimanapun kami bukanlah merekanya untuk diri kami, tetapi hanyalah bagi kaum-kaum lain yang telah kami kuasai. Jikalau kami tidak melalaikan mereka dengan hal-hal yang dapat mengalihkan perhatian mereka dari kami, maka sudah tentu mereka akan bangkit menentang kami. Kami sengaja meracuni kehidupan mereka supaya kaum kami dapat bersih dan menjadi orang-orang bertaqwa."

11. Akibat perbuatan sendiri, mereka dibenci dan diancam oleh penduduk sekitar Kan'aan.

12. Kaum Amalakit di bawah pimpinan gergasi jalut menyerang.

13. Bani Israel meminta Allah mengadakan raja bagi memimpin mereka memerangi kaum liar tersebut.

14. Allah memilh Thalut sebagi raja namun pada awalnya mereka tidak bersetuju kerana Thalut tidak mempunyai pengaruh dan kekayaan. Akhirnya mereka akur Thalut pilihan Allah dan bukannya Nabi Samuel as (mengantikan Nabi Yushua as).

15. Seorang anak kecil yang bernama Daud berjaya membunuh Raja Amalikit, gergasi Jalut yang amat kuat dengan hanya menggunakan sebilah lastik burung.

16. Bani Israel memenangi peperangan.

17. Daud dikahwinkan dengan anak perempuan Thalut.

18. Allah melantik baginda sebagai Nabi dan selepas Thalut mangkat kerajaan diserahkan kepada nabi Daud as.

19. Nabi Daud membangunkan sebuah kota di wilayah Kan'aan iaitu Jebus dan menyimpan peti Tabut. Allah mengkhabarkan sebuah rumah ibadat yang paling agung dalam sejarah kemanusiaan akan dibina iaitu Haikal Sulaiman atau "Temple of Solomon".

20. Bani Israel mendapat bimbingan ajaran-ajaran Taurat di Jebus yang ditukar namanya kepada Baitul Muqaddas (Al-Quds) atau Jurusalem.

21. Nabi Daud telah memulai membina masjid agung namun sebelum sempat siap, baginda meninggal dunia. Usaha diteruskan oleh puteranya Nabi Sulaiman.

22. Masjid yang dinamakan Haikal Sulaiman ini telah dibina dengan bantuan Jin dan manusia. Masjid ini telah mendatangkan rahmat, kesejahteraan dan menjadi simbol era pemerintahan Nabi Sulaiman. Sehingga ke hari ini Bani Israel dan keturunan mereka menganggapnya sebagai "zaman emas" mereka.

23. Nabi Sulaiman wafat pada tahun 935 SM.

24. Bani Isreal mengalami kemerosotan kerana bercakaran sesama sendiri dan berpecah belah.

25. Bani Israel membentuk 2 kerajaan. 10 suku membentuk kerajaan utara dan 2 suku lagi iaitu Yahuda dan Bunyamin membentuk kerajaan selatan.

26. Selain berperang sesame sendiri Bani Israel telah membunuh Nabi Zakariyya AS, memenggal leher puteranya Nabi Yahya dan cuba membunuh Nabi Isa As diatas salib namun Allah telah menyelamatkan baginda dan membawanya ke langit.

27. Kemungkaran yang melampaui batas dan bersambung-sambung akhirnya menyebabkan Bani Israel ditimpa kehinaan setelah dijajah oleh bangsa asing.

28. Tahun 926 SM, Raja Firaun datang menjajah.

29. Tahun 722 SM, tentera Assuria membinasakan kerajaan utara dan membunuh sebahagian besar Bani Israel manakala bakinya menjadi hamba abdi.

30. Tahun 612 SM tentera Assuria pula telah dikalahkan oleh tentera Babylon.

31. Tahun 586 SM, tentera Babylon di bawah pimpinan Raja Nebuchadnezzar telah menyerang Baitul Muqaddas (Jurusalem). Mereka membakar kota, menyembelih penduduk dan memusnahkan Haikal Nabi Sulaiman as. Kitab taurat yang berada dalam Haikal Sulaiman turut terbakar hangus.

32. Kerajaan Yahuda musnah sama sekali. Sedangkan Kerajaan Utara telah dimusnah lebih awal oleh tentera Mesir dan Assuria.

33. Ditakdirkan Allah, tentera Mesir, Assuria dan Babylon yang mengambil bahagian dalam pemusnahan 2 kerajaan Bani Israel ini telah memeluk agama Islam. Keturunan bangsa-bangsa inilah yang menjadi penduduk pribumi Arab Palestin pada hari ini.

34. Bani Israel cuba mendapatkan kembali wilayah tersebut tetapi yang terbaik yang berjaya dicapai ialah mendapat kuasa otonomi terhad semasa jajahan Romawi.

35. Tahun 70 SM Jeneral Titus dan tentera Romawi menjarah kota suci Baitul Muqaddas. Kebanyakan penduduk telah dibunuh dan sebahagian telah diusir.

36. Tahun 132 M berlaku sekali lagi peristiwa berdarah di Baitul Muqaddas. Kaisar Romawi Hadrian mengisytiharkan bahawa kaum Yahudi tidak dibenarkan pulang. Semenjak itu Bani Israel terpaksa mencari ruang penghidupan di tempat-tempat lain. Bermulanya sejarah yang dipanggil oleh masyarakat barat sebagai ‘the scattered tribe' atau ‘bangsa yang berselerak'.

37. Tahun awal 300 M arahan dilanjutkan oleh kaisar Byzantine Konstantine.

38. Tahun 621 M kaisar Byzantine Heraclius menyambung menguatkuasakan pengisytiharan selepas Yahudi melakukan pemberontakan dengan merosakkan biara-biara dan gereja-gereja.

39. Tahun 1215 M dalam muktamar maskoni ke-4, pusat gereja Katholik megeluarkan pengisytiharan:

"Kerana belas kasihan kita, mereka (Yahudi) menjadi Kawan, tetapi mereka adalah sangat merbahaya, bahayanya seperti ulat dalam buah apple atau ular bisa di dalam dada."


40. Tahun 1253 M Perancis menjadi negara Eropah pertama mengusir semua Yahudi dari negara tersebut kerana pusat gereja Katolik di Vatican telah gagal membendung kejahatan-kejahatan yang telah dilakukan oleh kaum Yahudi.

41. Tahun 1290 M, King Edward I telah menitahkan semua orang-orang Yahudi diusir terus dari negara England kerana kerakusan golongan murabin (pemakan bunga) telah benar-benar menyengsarakan rakyat England.

42. Tahun 1569 M Pope Pius V mengeluarkan arahan supaya orang Yahudi diusir keluar daripada negara-negara Eropah yang takluk bawah kuasa gereja. (Pranaitis, hlm 91).

43. Tahun 1370 M Yahudi diusir dari Belgium, tahun 1380 M dari Czechoslavia, tahun 1510 M dari Russia, Tahun 1540 M dari Itali, tahun 1551 M dari Jerman dan Hitler membunuh beramai-ramai orang Yahudi dalam tahun1930an.

44. Yahudi kemudian berpindah ke kawasan timur, khususnya Poland dan kerajaan-kerajaan jajahan empayar khalifah Othmaniyyah. Atas sifat belas kasihan kerajaan Islam telah banyak bertanggungjwab melindungi kaum Yahudi daripada ancaman penderaan dan pembinasaan kaum Kristian di Eropah apabila mereka diusir besar-besaran yang dikenali sebagai ‘The Great Eviction' atau Pengusiran Besar-Besaran. Namun bantuan yang diberikan umpama ‘melepaskan anjing tersepit'

45. Tidak pernah kembali ke Baitul Muqaddas sebagai satu kaum selama 1,900 tahun selepas serangan Jeneral Titus Romawi pada tahun 70 M.

46. Tanggal 2hb November 1917 M, Yahudi mula pulang berama-ramai selepas termeterainya pernjanjian Belfour.

47. Tahun 1948 Negara haram Israel ditubuhkan oleh PBB.


Kesimpulan

1. Bani Israel mendapat kehinaan kerana perbuatan mereka sendiri yang melanggar perjanjian dengan Allah dan sifat mereka yang suka membuat kerosakan dan kesusahan kepada bangsa lain. Umat Islam juga akan menerima kehinaan apabila meninggalakan suruhan Allah dan RasulNya.

2. Bangsa Yahudi tidak boleh mendakwa tanah Palestin adalah milik mereka walaupun mereka antara yang terawal menduduki tanah tersebut kerana Bani Israel pada waktu itu mengikut ajaran Nabi Musa dan menyembah Allah. Bani Israel pada waktu itu adalah orang Islam yang seakidah dengan rakyat Palestine pada hari ini! Tanah Palestine kekal milik orang Islam dan bukan orang kafir. Orang Islam seluruh dunia wajib mempertahankannya.

3. PBB ditubuhkan untuk negara Israel kerana segala resolusi yang dibuat keatas Israel tidak pernah dilaksanakan dan selalu mendapat veto daripada US. Tetapi apabila resolusi keatas negara Islam diluluskan ia wajib dipatuhi kalau tidak akan mendapat sekatan ekonomi dll. Tiada negara Islam yang mempunyai veto.

Rujukan

Hj Muzaffar Hj Mohamad dan Suzana Hj Othman. (2007). Sesungguhnya Tuhan Kamu Tidak Bermata Satu. Kuala Lumpur: Crescent News.


--------------------------------------------------------------------------------

Wilayah atau tanah yang dijanjikan ini dikenali sebagai wilayah Kan'aan atau Palestine. Bumi berkat ini pada asalnya tempat penghijrahan Nabi Ibrahim as yang mendapat ancaman daripada Namrud di Babylon(Iraq) setelah baginda membinasakan berhala-berhala sembahan mereka. Perintah Allah itu umpama ‘kepulangan semula' ke tanah nenek moyang mereka memandangkan Bani Israel pada ketika itu menyembah Allah seperti nabi Ibrahim as.

Dipetik dan disusun oleh: adminpembinakedah

Website PEMBINA

Tuesday, September 15, 2009

AKSI ..ANAK AYAH (..IZZAH ERIEENA.)





KOMPANG MERDEKA..




Walaupun tidak mendapat kebenaran PPD pada peringkat awalnya (..tak tau sebenarnya..), aku bersama-sama anak-anak kompang redah aje untuk bermain kompang semasa sambutan kemerdekaan. Itupun setelah didesak oleh Abang Rosli ..(Pegawai Kebudayaan Pejabat Daerah..)berkali-kali. Sampai kat sana terjumpa pula dengan Encik Hamzah (..Pegawai Ko-Ko) dan Encik Yasiran (..PPD Segamat..), Terkedu juga aku..nasib baik dia orang tak kisah. Terima kasih kerana memberi nasihat...

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAERAH SEGAMAT






Agak terlewat untuk aku mencatat cerita nie. Tapi tak kisah le kan..Walaupun disambut agak sederhana tapi tetap meriah dan penuh semangat patriotik. Kepada semua yang terlibat tahniah untuk anda..

TADARUS & KHATAM AL-QURAN PERSATUAN BELIA BANDAR PUTRA






Tahniah diucapkan kepada semua Barisan Saf Kepimpinan Persatuan Belia Bandar Putra yang berjaya menganjurkan Program Tadarus & Khatam Al-Quran Rakan Muda Parlimen Sekijang (Dun Kemelah) 2009. Terima kasih juga diucapkan kepada Pegawai Belia Daerah Segamat (..En. Shafiq, Pn. Zura, En. Ibrahim dll..) yang memilih dan memberi peluang Persatuan Belia Bandar Putra menganjurkan program ini. Maaf jika terdapat kesulitan dan kesilapan dalam penganjuran kali ini. Sambutan para belia pada kali ini memang tidak dijangka. Kira-kira seramai 150 orang hadir menjayakannya.Apapun terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan.