Saturday, December 12, 2009

BUAT SAHABATKU....


Ukhuwah yang dibina atas nama Allah takkan mengharapkan balasan apabila memberi. Tetapi akan selalu berkongsi airmata di kala suka & duka. Kesedihan temannya bagai pedang yang menikam, keceriaan temannya bagai pelangi yang takkan hilang. Kehilangan temannya bagaikan hilangnya permata termahal di dunia.

Ukhuwah dan kasih sayang mukmin terhadap sahabatnya tidak diukur dengan kerapnya bersua, bukan dengan hangatnya rindu, tidak dengan manisnya cinta, bukan kerana selalunya bersama . Tetapi dinilai sejauh mana nama sahabatnya meniti dibibirnya saat mendoakan kebaikan untuk dirinya.

Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktah. Kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya. Tiada yang menjadi impian selain rahmat kasih Mu Tuhan, yang terbias pada ketulusan sekeping hati seorang insan yang bernama sahabat.