Sunday, October 25, 2009

SATU KEJUTAN..



Bertemu kembali...lama dah aku tak update blog nie.Kebelakangan ini banyak perkara yang perlu diuruskan. Lepas satu, satu..Sekarang niepun aku sedang menyiapkan buku profail Kampung Melayu Raya untuk Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri. Pada hari Jumaat lalu aku menerima perkhabaran yang tidak enak daripada Johor Bahru. Adik aku kemalangan.. Sepatutnya aku terus ke sana. Tapi memandangkan program-program dah diatur aku hanya sempat ke JB pada hari ini. Itupun aku terpaksa batalkan program aku. Tak mengapalah, mungkin ada hikmahNya.



Pada Sabtu yang lalu (24 Oktober 2009) seperti yang telah dijanjikan aku dan anak-anak kompang telah memenuhi jemputan persembahan kompang di Kampung Londah Gemas. Seperti biasalah anak-anak kompang bermain dengan penuh semangat. Habis saja bermain kami terus makan. Sambil makan, terdengar bisikan-bisikan memuji anak-anak kompang. Aku tumpang berbangga dengan semua itu. Sedang aku makan, aku terlihat ada seorang anak gadis menghampiri anak-anak kompang. Sekali imbas macam pernah nampak, tapi aku lupa di mana. Melihat keramahan anak gadis tersebut melayan anak-anak kompang, akupun menghampiri kumpulan tersebut. Lalu telerailah satu kepastian.



Agak terkilan juga bila mendengar cerita anak gadis tersebut. Namun aku buang jauh-jauh perasaan tersebut. Malah aku tumpang gembira mendengar penjelasan daripadanya.Apapun tahniah kepada Dxx...Semoga perhubungan itu berkekalan. Tidak ada apa-apa yang perlu Dxx perjelaskan. Itu hak masing-masing, cuma aku nak Dxx tau, Dxx adalah diantara insan yang mempunyai ruang di sudut hati aku yang kecil ini.



Kami balik dari Gemas dengan penuh rasa kepuasan. Puas kerana dapat memberikan perkhidmatan yang mengembirakan orang lain. Selalu aku berpesan kepada anak-anak kompang, hidup ini bukan terlalu lama, alangkah baiknya kalau hidup yang sekejap cuma ini, kita dapat mengembirakan insan-insan disekeliling kita. Bagi anak-anak kompang, aku mengharapkan kalian akan sentiasa tabah mengharungi segala cabaran yang ditempuhi.

Friday, October 9, 2009

KEJAYAAN..


KELAB KOMPANG WARISAN MUDA

Kecemerlangan dan kejayaan hanya boleh tercapai apabila kita mendapat kerjasama daripada semua pihak. Jarang-jarang kejayaan dan kecemerlangan itu hadir dengan keupayaan kita sendiri. Walaupun sedikit, pasti ada faktor lain yang menjadi sebab kejayaan itu tercipta. Dalam kesibukkan aku mempersiapkan segala bahan pemantauan daripada Kementerian, aku dikejutkan dengan berita yang mengembirakan. Sesungguhnya kawan-kawan aku tengah bertungkus-lumus untuk pemantauan Pengurusan Kokurikulum Cemerlang Peringkat Kebangsaan oleh JPN Perlis, JPN Kedah, JPN Pahang, JPN Johor dan Kementerian Pelajaran pada 13 Oktober. Guru Besar pulak dah 10 hari kat Wad. Jadi agak kelam kabut sikit. Tapi kawan-kawan aku semuanya tip top.Mereka tau apa yang nak dibuat.Walaupun ada sesetengahnya ada yang menyalahkan aku, ye le..dia orang kata sebab bebudak kompang aku pergi ke peringkat kebangsaanlah, sekolah ini terpilih ke peringkat kebangsaan. Aku redha je..sekurang-kurangnya kawan-kawan aku dapat pengalaman apabila bertanding ke peringkat kebangsaan.



SABRI..

Berbalik kepada berita gembira tadi, selain daripada SK Melayu Raya terpilih Memenangi Anugerah Pengurusan Kokurikulum Terbaik Peringkat Negeri dan wakil negeri ke Peringkat Kebangsaan, ada 2 anugerah lagi yang dicapai iaitu Kelab Kompang Warisan Muda sekali lagi terpilih sebagai Kelab Terbaik Negeri Johor. Dan yang paling mengembirakan aku adalah aku terpilih mendapat Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Peringkat Negeri Johor. Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi kerjasama kepada aku dan Kelab Kompang Warisan Muda. Kepada sahabat-sahabat aku, Kak Cah, Julia, Kak Nai, Kak Jariah, Abg Lei tak lupa juga Sabri, ini adalah kejayaan kita bersama. Tanpa kalian kejayaan ini tak mungkin tercapai. Juga kepada anak-anak kompang, teruskan perjuangan kalian. Terima kasih kepada semua ...

Saturday, October 3, 2009

UMNO KEMBALILAH...LAKUKANLAH ANJAKAN PRADIGMA..



Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran menyebut: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kepada Ala dan rasul-Nya, serta kepada kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad SAW), juga kepada kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. ( Surah al-Nisa:ayat 136 )

UMNO harus perkukuhkan dan membuat pembaikan dari segi unsur-unsur keislaman. UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan prograsif. Setiap pemimpin UMNO harus ikhlas tanpa kepentingan atau " ada udang disebalik mee". Untuk menjadikan seseorang itu ikhlas, bagi muslim agama itu penting. Apabila kita merasakan gerak kerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, sanggup berkorban harta hatta nyawa sekalipun. Itulah kekuatan organisasi Islam.. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin. Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan prograsif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran, akhlaknya.
Nabi Muhammad SAW pernah menghantar surat kepada Hercules berbunyi : Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, daripada Muhammad pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom. Salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk . Seterusnya akau merayu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bahawanmu. ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )